Pengenalan Segmen Pelanggan
Dalam topik segmen pelanggan, kita harus fahami bahawa pelanggan adalah inti dan asas kepada sebuah perusahaan untuk menjana jualan produk dan pendapatan, yang mana segmen pelanggan (Customer Segmen) adalah orang yang mengambil keputusan untuk membeli produk atau mengguna perhidmatan anda.
Sesuatu perusahaan itu dapat hidup dan berkembang karana mempunyai pelanggan-pelanggan yang memberikan keuntungan bagi perusahaan tersebut. Situasi persaingan yang ada dan keterbatasan sumberdaya perusahaan membuat perusahaan menyebabkan mereka harus memilih jenis pelaggan yang harus dilayani .
Untuk sesi yang seterusnya, anda akan melihat dengan lebih jelas lagi apakah unsur-unsur yang mempengaruhi keputusan pengguna untuk membuat pembelian produk atau perhidmatan anda, apakah jenis-jenis tugasan harian yang dilakukan dan kesakitan yang dilalui dalam melaksanakan tugasan tersebut serta apa keinginan yang mereka mahu yang dapat menyelesaikan tugasan tersebut.